DUDA IDAMAN KALBU
ANGGUN LESTARI. Penampilan tak seindah namanya. Lebih selesa berpenampilan ringkas dan lebih berimej tomboy walaupun usia mencecah 27 tahun. Benci akan sesuatu yang bernama cinta dan perhubungan. Namun kehadiran duda anak satu yang menjadi jirannya membuat hidupnya huru-hara. Jiwanya tidak tenteram dan kalbunya terusik.
PUTERA RAFAEL MOHAMAD AMIN, seorang duda dengan seorang anak perempuan berusia 9 tahun. Menduda sejak kematian isterinya selepas melahirkan puteri mereka, SHAZREENA. Selama ini hatinya tertutup dengan kehadiran mana-mana wanita. Namun senyuman manis cik jiran sebelah rumah mengusik hatinya. Tambahan pula puterinya sendiri memberi lampu hijau.
Baby... Jangan panggil kakak. Kalau baby nak kakak tu jadi mak. Baby kena panggil mama – RAFAEL
ANGGUN suka pada RAFAEL tapi mulut tetap menafikan. SHAZREENA menjadi orang tengah mahu menyatukan bakal mommy dan daddynya. Pelbagai cara gadis cilik itu gunakan untuk memujuk bakal mommynya menjadi ahli keluarga mereka.
Saya tak nak kahwin dengan duda. Banyak kali saya cakap kan - ANGGUN
Apa bezanya duda dengan bujang. Sebab bekas orang lain. Awak yakin ke orang bujang tu bukan bekas orang lain. Mana tau bekas gay ke... bekas gigolo – RAFAEL
ANGGUN tetap tidak mampu menerima cinta Rafael walaupun hatinya berbisik mahu membalas. Ada sesuatu yang menghalang dia untuk bersatu dengan duda idaman kalbunya.
Mampukah RAFAEL membuang halangan itu dan seterusnya bersatu dengan cik jiran sebelah rumahnya?
Apa rahsia yang ANGGUN simpan?
Buy Now